Abstract

ABSTRACT


          Solar energy is radiant energy that is produced by the sun and every day sun radiates, or sends out an enormous amount of energy. The sun radiates more energy in one second then people have used since beginning of time. Now a days, the Solar Technology have become popular among the researchers, power company industries, engineers and so on to harness the energy from the sun as solar thermal energy, ocean thermal energy conversion, solar ponds, solar tower and photovoltaic systems and many more. Green campaign is one of the hot topics among the Malaysian. The main objective of green campaign is to create awareness among the public to protect our environment. In Malaysia there are a lot of organization organizing green campaign such as Environmental Protection Society Malaysia (EPSM), Malaysia Environment NGOs (MENGO) and Treat Every Environment Special Sdn. Bhd. (TRESS). Price of solar energy is very reasonable and varies depending upon the amount of energy you need and the size of the panels required. The payback time for solar water heating now makes solar energy financially viable for the majority of domestic applications. In this thesis, I am about to design and develop a solar lamp using a plastic bottle. In order to design and develop the project, an investigation is made to investigate the suitability of the usage of solar energy in terms of lighting the rural area in Malaysia. This thesis refers to the analysis made ​​on a number of people about the Malaysian culture as to see how far acceptance of Malaysians on the use of lamps which made of plastic bottles with solar energy-based.









ABSTRAK


          Tenaga solar merupakan tenaga sinaran yang dihasilkan oleh matahari dan setiap hari matahari memancarkan, atau menghantar sejumlah tenaga yang besar. Matahari dapat memancarkan lebih banyak tenaga dalam masa satu saat berbanding jumlah tenaga yang digunakan manusia dalam satu hari makanya manusia telah mula menggunakan tenaga suria sejak dari zaman lampau. Masa kini, Teknologi Solar telah menjadi semakin popular di kalangan penyelidik, industri syarikat kuasa, jurutera dan sebagainya untuk memanfaatkan tenaga dari matahari sebagai tenaga alternatif, penukaran tenaga haba lautan, kolam solar, menara solar dan sistem photovoltaic dan banyak lagi . Kempen Hijau merupakan salah satu topik hangat di kalangan rakyat Malaysia. Objektif utama kempen hijau adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai untuk melindungi alam sekitar kita. Di Malaysia, terdapat banyak organisasi menganjurkan kempen hijau seperti Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGO) dan Treat Every Environment Special Sdn. Bhd. (TRESS). Harga tenaga solar adalah sangat wajar dan berbeza-beza bergantung kepada jumlah tenaga yang anda perlukan dan saiz panel yang diperlukan. Masa bayaran balik untuk pemanasan air solar kini menjadikan tenaga solar sebagai sumber kewangan yang berdaya maju untuk majoriti aplikasi yang domestik. Dalam tesis ini, saya mencuba untuk mereka bentuk dan membangunkan lampu solar yang menggunakan botol plastik. Dalam usaha untuk mereka bentuk dan membangunkan projek itu, siasatan dibuat untuk mengkaji kesesuaian penggunaan tenaga solar dari segi menyalakan kawasan luar bandar di sekitar Malaysia. Tesis ini merujuk kepada analisis yang dibuat ke atas beberapa orang tentang budaya Malaysia tentang sejauhmana penerimaan rakyat Malaysia terhadap penggunaan lampu yang dibuat dari botol plastik berasaskan tenaga solar.